.خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وعَلَّمَهُ “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”-Riwayat Al Bukhari
Pengambilan Pelajar 2025
PROGRAM MATQAM
Program Motivasi Bulanan
Program Motivasi Bulanan telah diadakan di Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah pada 02 Jun 2025, dengan topik 5 Tips Pengurusan Konflik. Program ini melibatkan penyertaan dari semua pelajar MATQAM.
Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM
- Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM ini dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) khusus buat pelajar yang bakal menduduki SPM secara Fast Track. Seramai enam orang pelajar MATQAM telah menyertai seminar ini. Seminar ini telah disampaikan oleh guru-guru berpengalaman dalam mata pelajaran masing-masing untuk berkongsi teknik menjawab SPM dengan betul.
Sukan PITAS Daerah Petaling
Para pelajar MATQAM telah menyertai Sukan PITAS Daerah Petaling pada 30 April 2025, bertempat di Setia Alam. Para pelajar ini mewakili MATQAM dalam acara sukan Bola Sepak dan Badminton
Pertandingan Amal Islami Peringkat Petaling
Seramai 12 orang pelajar telah mewakili Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah (MATQAM) untuk menyertai Pertandingan Amal Islami anjuran PITAS, bertempat di MTAQWAS, Sunway Kayangan. Para pelajar ini telah mewakili MATQAM dalam acara Hafazan, Khutbah,Tajhiz Jenazah dan Tilawah Al Quran.
DOA SELEPAS AZAN:
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.