"Disini Lahirnya Generasi Huffaz Cemerlang dan Professional"
Tentang MATQAM
Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah atau singkatannya MATQAM adalah sebuah institusi tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor sejak 2016.
MATQAM juga merupakan ahli Persatuan Ihtimam Tahfiz Al Quran (PINTA) dan Persatuan Tahfiz Selangor (PITAS). Institusi ini juga merupakan Penolong Amil berdaftar Lembaga Zakat Selangor.
Falsafah kami di MATQAM adalah ingin meneruskan pendidikan Al-Quran dan Ad-diniyah berlandaskan tauhid Ahli Sunnah Waljamaah bagi membangunkan fitrah dan membina potensi individu berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, ke arah melahirkan insan dan generasi yang seimbang lagi harmoni dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani.
VISI MATQAM
Membina Generasi Huffaz Professional
MISI MATQAM
- Memartabatkan Pendidikan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah dengan melaksanakan perkara berikut:
- Meningkatkan mutu dan kualiti pelajar dalam bidang Al- Quran dan Ad-Diniyah
- Melahirkan pewaris penyambung perjuangan Islam
- Menjadikan Maahad Tahfiz penyumbang ke arah pembinaan masyarakat Islamiyyah.
MODUL PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran di MATQAM terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pendidikan Al Quran, Pendidikan Ad Diniyyah dan Akademik & Kemahiran Insaniah.
Pembelajaran Al Quran mengandungi 4 fasa iaitu Nazirah, Sabak, Pra-Sabak dan Mukhtar.
Bagi pembelajaran Ad Dinniyah, pelajar akan mempelajari subjek Jawi, Tajwid, Akhlak, Feqah dan Bahasa Arab
Pada setiap hujung minggu, para pelajar akan mengikuti kelas akademik (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) juga kelas kemahiran insaniah (Taranum dan Pengucapan Awam).
MATQAM juga mempunyai Program Fast Track SPM bagi pelajar yang berkelayakan.